Seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di bahagian betis di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras pada Jumaat.
Mayat mangsa ditemui di salah sebuah bilik dalam keadaan terlentang di atas lantai kira-kira 5.10 petang oleh anggota Polis yang tiba di pangsapuri berkenaan setelah menerima maklumat.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun keluar dari rumah Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.
Katanya siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis.
"Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu," katanya.
Bernama
Fri Nov 20 2015

Siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis. - Gambar hiasan

'Hadkan pengambilan garam, kurangkan risiko sakit jantung, strok' - Dr Noor Hisham
Tahap pengambilan garam bagi rakyat Malaysia adalah agak tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bazar Ramadan di Melaka boleh beroperasi jika MKN benarkan - Ketua Menteri
Kebenaran itu bergantung pada keputusan Majlis Keselamatan Negara dan penurunan statistik harian kes COVID-19 di negeri berkenaan.

Wawancara Oprah: Markle dedah Kate Middleton buat air matanya tumpah sebelum majlis perkahwinan
Meghan Markle membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan isteri Putera William, Kate Middleton membuatnya menangis beberapa hari sebelum majlis perkahwinan pasangan diraja itu pada 2018.

Pengurusan pengangkutan yang baik dapat elak kemalangan - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berpendapat pengurusan pengangkutan yang baik bakal membantu mengurangkan kemalangan di jalan raya.

Kes rasuah Zahid: RM17.9 juta dikeluar tanpa persetujuan Lembaga Pemegang Amanah - Saksi
Pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik Zahid Hamidi berjumlah RM17.9 juta telah dibuat tanpa persetujuan Lembaga Pemegang Amanah yang lain.

Perbicaraan Rasuah | Kes perbicaraan Zahid Hamidi
Prosiding perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah bersambung hari ini dengan mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-93. Untuk butiran lanjut terus sahjaja bersama rakan setugas, Fareez Azman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Rentas Daerah | Ruang buat pelancongan kembali bernyawa
Kebenaran merentas daerah memberi sinar buat penggiat pelancongan merancakkan kembali perniagaan mereka. Bagi Pengurus Besar Peladang Setiu Agro Resort, Ahmad Sanusi Ibrahim kebenaran itu juga membolehkan pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor berkenaan kembali bernafas.

Cuti Belajar | Syed Saddiq ke Singapura, tidak ambil gaji sebulan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul rahman akan ke Singapura bagi menghabiskan Kursus Eksekutif Polisi Awam di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Bekas Menteri Belia Dah Sukan itu telah memulakan pengajiannya sejak september lalu secara dalam talian tetapi kali ini perlu hadir kelas secara fizikal di Singapura.

ECRL | Isu kelulusan tanah antara cabaran pembinaan ECRL
Isu pengambilan tanah dan isu pengurusan tapak yang masih belum selesai membabitkan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Ini antara beberapa perkara yang masih belum selesai dalam proses pembinaan ECRL. Kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Zuki Ali, projek ECRL yang dijadualkan siap pada tahun 2026 kini sudah mencapai 29 peratus kemajuannya.

Hari Wanita 2021 | Menyokong dasar memperkasakan wanita
Di talian menerusi Skype sudah bersedia untuk membincangkan mengenai keterbukaan menyokong dasar memperkasa wanita, Senator Jaziri Alkaf. Beliau ialah pengasas MyProdigy sebuah enterprise pendidikan yang dibangunkan pada 2013.

Gadis ditemui mati di rumah bekas kekasih
Seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras pada Jumaat.