awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis maut ditikam bekas tunang

Bernama
Bernama
11/04/2015
02:53 MYT
Gadis maut ditikam bekas tunang
Kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa Nursyafikah telah bertunang. - Gambar Hiasan
Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri dengan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Roze Shaari berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa, Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, sedang bekerja di pasar raya itu.
"Dipercayai berlaku pertengkaran antara Nursyafikah dan suspek yang berumur 20-an sebelum kepala Nursyafikah terhentak di sebuah motosikal akibat ditolak suspek serta kemudian ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau pemotong sayur," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Roze berkata kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa Nursyafikah yang merupakan kerani stor dan berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Katanya polis menemukan pisau yang dipercayai digunakan dalam kes itu di tempat kejadian dan Nursyafikah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.
"Polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang dilakukan," katanya.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Johor
#Kluang
#Mohd Roze Shaari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan