awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis parah ditikam kekasih kerana mahu putus hubungan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/06/2017
03:50 MYT
Gadis parah ditikam kekasih kerana mahu putus hubungan
Berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa, sebelum mangsa ditikam beberapa kali di bahagian abdomen. - Foto Astro AWANI
Akibat mahu memutuskan hubungan, seorang wanita parah ditikam teman lelakinya selepas dipercayai berselisih faham berhubung hubungan mereka.
Kejadian berlaku di Taman Serindit, dekat Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, lewat petang semalam.
Mangsa berusia 23 tahun yang berasal dari Kampung Alor Gandas, Alor Setar dikatakan telah bertemu suspek kira-kira jam 7 malam untuk membincangkan soal status hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, suspek naik berang apabila teman wanitanya ingin memutuskan hubungan.
Berlaku pergelutan sebelum suspek bertindak menikam perut mangsa dengan senjata tajam beberapa kali.
Ekoran daripada itu mangsa yang cedera serius mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu telah bertindak membantu mangsa.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan ambulans untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang masih dirawat di Zon Merah HSB dilaporkan dalam keadaan stabil namun masih lemah akibat pendarahan yang banyak.
Polis masih mengesan suspek yang dikatakan tinggal di Jalan Tun Razak, Alor Setar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#parah
#tikam
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan