[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Gagal bayar cukai, jutawan kosmetik bakal didakwa Khamis ini

Astro Awani 11/10/2016 | 07:06 MYT
Seorang ahli perniagaan berstatus jutawan akan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis ini. - Gambar hiasan
Seorang ahli perniagaan berstatus jutawan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis ini di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Menurut sumber Astro AWANI, dakwaan yang dikenakan ke atas jutawan syarikat kosmetik itu adalah kerana 'kegagalan mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai'.
Difahamkan, jumlah cukai yang tidak dijelaskan oleh jutawan terbabit bernilai hampir RM4 juta.
Jutawan berkenaan yang amat popular dengan jenama produk kesihatan dan kecantikan turut aktif memasarkan perniagaannya melalui penajaan berskala besar.
#dakwa #gagal bayar cukai #jutawan kosmetik #kes mahkamah