MALAYSIA
Gagal bayar cukai pendapatan: Anak Najib turut terima notis bankrap LHDN
Pada 6 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM37.6 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lepas.
Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Mohd Nazifuddin ketika dihubungi pemberita, berkata notis berkenaan telah diserahkan kepada anak guamnya pada 30 April lepas dan pihaknya telah memfailkan afidavit untuk membantah notis kebankrapan itu pada 6 Mei lalu.
"Mohd Nazifuddin juga akan memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan notis itu dan bagi menangguhkan prosiding kebangkrapan sebelum 9 Jun ini. Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 21 Jun," katanya selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif, hari ini.
BACA: LHDN fail notis kebankrapan terhadap Najib
BACA: Notis bankrap: Bagaimana saya mahu membayar peguam? - Najib

#Najib Razak
#notis bankrap
#anak Najib
#Mohd Nazifuddin
#LHDN
#notis kebankrapan
#cukai pendapatan
#Mahkamah Tinggi