MALAYSIA
Gagal bayar cukai perkhidmatan, bekas pengarah, syarikat didenda RM15,000
Ng Wen Hua ketika hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Seorang bekas pengarah bersama syarikat miliknya didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas kegagalan melunaskan bayaran cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM139,755.25 bagi tempoh antara 2021 hingga 2023.
Ringkasan AI
Hakim Haderiah Siri menjatuhkan hukuman itu selepas Ng Wen Hua, 31, dan syarikat Go Lounge Sdn Bhd mengaku bersalah atas lima pertuduhan serta turut mengarahkan hukuman penjara sebulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Menurut pertuduhan, Ng dan syarikatnya didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan yang telah genap tempoh pembayaran bagi lima tempoh iaitu dari 1 Nov hingga 31 Dis 2021; 1 Jan hingga 28 Feb 2022; 1 Mei hingga 30 Jun 2022; 1 Julai hingga 31 Ogos 2023; serta 1 Sept hingga 31 Okt 2023.
Menurut fakta kes, jumlah tunggakan cukai perkhidmatan yang tidak dilunaskan adalah antara RM19,000 hingga RM30,000 bagi setiap tempoh, manakala penalti yang dikenakan pula antara RM3,000 hingga RM12,000.
Kesalahan itu dilakukan di premis Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Wisma Kastam Negeri, Ayer Keroh pada 1 Feb, 1 April dan 2 Ogos 2022 serta 3 Okt dan 1 Dis 2023.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) dibaca bersama Seksyen 78(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa JKDM Mohammad Azhar Habibmemohon mahkamah mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan tertuduh mempunyai rekod ketidakpatuhan cukai dan kesalahan ini menyebabkan ketirisan hasil negara.
Bagaimanapun, Ng yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mengenakan denda minimum memandangkan perniagaan terbabit sudah tidak lagi beroperasi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menjatuhkan denda RM15,000 terhadap Ng Wen Hua dan syarikatnya atas lima pertuduhan gagal melunaskan cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM139,755.25 bagi tempoh antara 2021 hingga 2023.
- Kesalahan dilakukan di premis Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Ayer Keroh, dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sebulan bagi setiap pertuduhan.
- Pendakwaan dibuat mengikut Akta Cukai Perkhidmatan 2018, dengan JKDM memohon denda RM5,000 setiap pertuduhan atas alasan ketidakpatuhan cukai menyebabkan ketirisan hasil negara, manakala tertuduh merayu denda minimum kerana perniagaan telah ditutup.