MALAYSIA
Gagal bayar denda RM1.1 juta, dua individu dipenjara 12 bulan
Mahkamah Rayuan hari ini mengembalikan keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan dua lelaki membayar denda RM1.1 juta setiap seorang, dan dipenjara 12 bulan kerana mengangkut barang larangan import bernilai RM145,440 pada 2018. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengembalikan keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan dua lelaki membayar denda RM1.1 juta setiap seorang, dan dipenjara 12 bulan kerana mengangkut barang larangan import bernilai RM145,440 pada 2018.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Azmi Ariffin membenarkan rayuan seorang pengarah syarikat, Chan Wah Chuan dan pemandu lori Joseph Onod serta mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah meningkatkan hukuman penjara kepada enam tahun jika gagal membayar denda.
Hakim Azmi yang bersidang bersama Hakim Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid berpendapat hukuman penjara enam tahun itu adalah keterlaluan.
Peguam mereka, S.R. Raman memberitahu Bernama kedua-dua lelaki berkenaan tidak mampu membayar denda itu dan akan menjalani hukuman penjara 12 bulan.
Mereka sebelum ini dilepaskan dengan jaminan RM100,000 setiap seorang dan dua penjamin sementara menunggu keputusan rayuan.
Syarat jaminan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Raman yang dibantu peguam Jaywinder Singh Gill berkata tempoh tiga bulan penjara yang dijalani anak guamnya akan diambil kira sebagai sebahagian daripada hukuman penjara 12 bulan itu.
Pada 30 Ogos 2023, Mahkamah Majistret mensabitkan Chan, 47, dan Joseph, 40, atas pertuduhan berkenaan dan mengenakan denda RM1.1 juta setiap seorang dan jika gagal membayar denda boleh dikenakan hukuman penjara 12 bulan.
Mereka didapati bersalah mengangkut 2,304 kotak Maximus X-Strong Beer dan 120 kotak lagi jenama sama, iaitu barang larangan importan di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.
Kesalahan itu dilakukan di Kilometer 45 Lebuhraya Shah Alam menghala ke Sri Petaling, Selangor, pada 10.40 pagi, 14 Sept 2018.
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim@Husaini mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA