awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal hadir mahkamah, peniaga dikenakan waran tangkap

Bernama
Bernama
02/03/2016
08:18 MYT
Gagal hadir mahkamah, peniaga dikenakan waran tangkap
Hakim Mohd Azhar Othman kemudian menetapkan 4 April ini untuk sebutan semula kes. - Gambar fail
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang peniaga kerana gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan gagal mendaftar perniagaannya bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Hakim Mohd Azhar Othman kemudian menetapkan 4 April ini untuk sebutan semula kes.
Khairil Nashreez Ngah, 33, menghadapi pertuduhan gagal memohon kepada Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mendaftarkan perniagaannya untuk GST sebelum cukai itu dilaksanakan pada 1 April 2015.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 10 Mac 2015 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Kuala Terengganu.
Dia didakwa mengikut subseksyen 184 (2) Akta GST 2014 (Akta 762) dan boleh dihukum di bawah seksyen 96 akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa JKDM Terengganu Mohd Redzuan Hamdan.
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#GST
#Khairil Nashreez Ngah
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan