MALAYSIA
Gagal ke mahkamah, pengasas eHati dan kaunselor dikenakan waran tangkap
Hakim Syarie Zainal Abidin Kusmin mengeluarkan perintah itu terhadap Nur Diyanah dan Zatul Asmah selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie Husaini Roslin. (Foto menunjukkan rakan-rakan pengasas eHati. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan kaunselornya selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim Syarie Zainal Abidin Kusmin mengeluarkan perintah itu terhadap Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie Husaini Roslin.
Mahkamah turut mengarahkan pihak berkuasa membuat carian di Imigresen terhadap Nur Diyanah, yang beralamat di Damansara, dan memberi kuasa kepada pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam untuk menahan Zatul Azmah, yang juga pegawai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Zainal Abidin menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, rakan pengasas eHati itu selaku penjamin telah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung ketidakhadiran wanita tersebut ke mahkamah.
Wanita itu berkata kesanggupan beliau untuk menjadi penjamin tidak lebih daripada sifat belas kasihan kerana keluarga pengasas eHati berkenaan tidak hadir untuk membantu.
"Saya berkawan dengan dia sejak 2021 tapi tidak pernah ke rumahnya," kata wanita itu yang bekerja sebagai doktor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas program eHati dan kaunselornya kerana tidak hadir menghadapi pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
- Hakim Syarie membenarkan permohonan Pendakwa Syarie untuk waran tangkap terhadap Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa.
- Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 5 Mac tahun depan; rakan pengasas eHati dipanggil memberi penjelasan tetapi kesanggupan sebagai penjamin hanya kerana belas kasihan, bukan kerana pengetahuan mendalam mengenai kes.
Hakim Syarie Zainal Abidin Kusmin mengeluarkan perintah itu terhadap Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie Husaini Roslin.
Mahkamah turut mengarahkan pihak berkuasa membuat carian di Imigresen terhadap Nur Diyanah, yang beralamat di Damansara, dan memberi kuasa kepada pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam untuk menahan Zatul Azmah, yang juga pegawai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Zainal Abidin menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, rakan pengasas eHati itu selaku penjamin telah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung ketidakhadiran wanita tersebut ke mahkamah.
Wanita itu berkata kesanggupan beliau untuk menjadi penjamin tidak lebih daripada sifat belas kasihan kerana keluarga pengasas eHati berkenaan tidak hadir untuk membantu.
"Saya berkawan dengan dia sejak 2021 tapi tidak pernah ke rumahnya," kata wanita itu yang bekerja sebagai doktor.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang dikeluarkan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan mengapa?
A: Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. - Q: Apakah tarikh yang ditetapkan untuk sebutan semula kes ini?
A: Mahkamah menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes Nur Diyanah dan Zatul Asmah. - Q: Siapakah yang telah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung ketidakhadiran wanita tersebut ke mahkamah?
A: Rakan pengasas eHati selaku penjamin telah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung ketidakhiran Nur Diyanah ke mahkamah.