awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal kemuka Borang B, Datuk Seri Vida didenda RM500

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2017
11:25 MYT
Gagal kemuka Borang B, Datuk Seri Vida didenda RM500
Datuk Seri Vida didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserahkan kepadanya. -Gambar fail
Pengasas syarikat kosmetik Datuk Seri Hasmiza Osman, 46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida diarah membayar denda RM500 selepas mengaku bersalah di mahkamah di sini kerana gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pengarah Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserahkan kepadanya.
Hakim Siti Hanum Mohamad Sah juga menetapkan penjara dua hari sekiranya Datuk Seri Vida gagal membayar denda tersebut.
Datuk Seri Vida kemudian membayar denda tersebut dan berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.
Topic Berkaitan
#Akta Cukai Pendapatan 1967
#borang b
#cukai pendapatan
#Datuk Seri Vida
#Mahkamah Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan