awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal kibar Jalur Gemilang, 52 premis dikompaun

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
07/09/2022
11:20 MYT
Gagal kibar Jalur Gemilang, 52 premis dikompaun
Setiap premis yang terlibat dikenakan tindakan kompaun RM500. - Gambar hiasan/ Bernama
KUANTAN: Sebanyak 52 premis perniagaan di negeri ini yang gagal mematuhi arahan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM26,000.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, setiap premis yang terlibat dikenakan tindakan kompaun RM500.
“Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM26,000 bagi premis yang gagal memasang Jalur Gemilang di seluruh negeri ini,”katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya hanya 2.7 peratus daripada 1,882 premis perniagaan di negeri ini didapati ingkar arahan mengibarkan Jalur Gemilang.
“Sehingga kini, semua PBT Pahang telah menjalankan penguatkuasaan atas kegagalan memasang bendera premis masing-masing di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 171.
“Cuma 2.7 peratus sahaja yang tidak patuh (arahan) dari 1,882 premis yang diperiksa. Majoriti masih patuh pemasangan bendera di premis masing-masing,” katanya.
Jelasnya lagi, PBT di negeri ini telah mengeluarkan arahan mewajibkan pemasangan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dari 16 Ogos hingga 16 September.
“Bendera yang dipasang pada premis mestilah dalam keadaan baik, tidak lusuh atau koyak, dan dipasang dengan betul dan jelas,” katanya.
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#kompaun
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan