awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal pamer tanda harga, tiga peniaga di Melaka dikompaun

Bernama
Bernama
24/03/2025
13:21 MYT
Gagal pamer tanda harga, tiga peniaga di Melaka dikompaun
Sebanyak 1,335 premis diperiksa menerusi Op Pantau membabitkan pasar raya, kedai runcit, kedai makan, bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dengan 92 aduan diterima berkaitan pelbagai isu kepenggunaan. - Gambar hiasan
MELAKA: Sebanyak tiga peniaga di negeri ini masing-masing dikompaun RM300 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana dikesan tidak mempamerkan tanda harga menerusi Op Pantau bermula 2 Mac hingga semalam.
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Satu kertas siasatan turut dibuka di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana memberi gambaran mengelirukan mengenai harga pada barangan atau perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2025 di sini hari ini.
Seah berkata sebanyak 1,335 premis diperiksa menerusi Op Pantau membabitkan pasar raya, kedai runcit, kedai makan, bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dengan 92 aduan diterima berkaitan pelbagai isu kepenggunaan.
Sementara itu, Seah berkata KPDN Melaka memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas di negeri ini terutama ayam, daging, telur dan santan mencukupi menjelang Aidilfitri minggu depan.
"Anggota KPDN akan terus memantau bekalan barangan asas di pasaran selain bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan bekalan mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga dikompaun
#gagal pamer tanda harga
#kpdn
#pengguna
#Akta Perlindungan Pengguna 1999
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan