[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Gagal patuh SOP, tiga premis diberi nasihat

Harits Asyraf Hasnan 17/08/2020 | 08:53 MYT
Tiga buah premis diberi nasihat oleh penguatkuasa KPDNHEP kerana gagal patuh SOP PKP. - Gambar fail Astro AWANI
Sejumlah tiga buah premis diberi nasihat oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam kerana gagal mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hasil pemeriksaan khas yang dilakukan pegawai penguatkuasa KPDNHEP melibatkan 1,160 premis.
"Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,160 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,157 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala tiga premis diberi nasihat kerana tidak memenuhi syarat kepatuhan SOP PKPP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas berkenaan pemantauan kuarantin wajib di rumah, Ismail Sabri berkata, pihak polis bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memeriksa 362 individu.
"Kesemua individu yang dikuarantin telah mematuhi SOP yang ditetapkan.
"PDRM bersama petugas KKM akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi," katanya.
#ismail sabri yaakob #Kementerian Kesihatan #KPDNHEP #PDRM #perintah kawalan pergerakan #PKPP #Premis perniagaan #SOP