awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah betina ditemukan mati di Lahad Datu

Bernama
Bernama
10/03/2022
10:15 MYT
Gajah betina ditemukan mati di Lahad Datu
Menurut pihak penguatkuasa, ada kemungkinan gajah itu mati kerana kerosakan sistem dalam badan serta keracunan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Gambar hiasan
LAHAD DATU: Seekor gajah betina ditemukan mati terdampar di sebuah ladang di Ulu Tungku, dekat sini pada dua hari lepas, dengan separuh badan mamalia itu berada di dalam air.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu Sylvester Saimin berkata bangkai gajah dianggarkan berusia 25 tahun itu ditemukan pada pukul 9 pagi oleh pekerja ladang, yang kemudian melaporkannya kepada Jabatan Hidupan Liar.
"Bedah siasat ke atas gajah itu dijalankan oleh Dr Nabila Sarkawi dari Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, dan beberapa sampel telah diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematiannya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sylvester berkata ada kemungkinan gajah itu mati kerana kerosakan sistem dalam badan serta keracunan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah betina
#ladang ulu tungku
#sylvester salmin
#dr nabila sarkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan