awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah jantan ditemui mati di Sukau

Bernama
Bernama
27/12/2019
15:34 MYT
Gajah jantan ditemui mati di Sukau
Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Enakmen Pemeliharan Hidupan Liar 1997 iaitu mencederakan haiwan hidupan liar atau dilindungi.
Seekor gajah jantan berusia lima tahun ditemui mati, oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah di kawasan Ladang Malangking, Sukau dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt Dzulbaharin Ismail berkata, pada mulanya Jabatan Hidupan Liar, telah menerima maklumat mengenai seekor gajah yang berada di kawasan ladang berkenaan, dalam keadaan tidak stabil.
"Ekoran maklumat tersebut, kakitangan jabatan berkenaan ke ladang itu untuk membuat pengesahan maklumat yang diperolehi itu, namun sebaliknya mereka menemui seekor gajah yang telah mati pada jam 3.40 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dzulbaharin berkata susulan penemuan itu, pihak Jabatan Hidupan Liar membuat satu laporan polis semalam pada 8.05 pagi dan pihaknya telah menjalankan siasatan di tempat kejadian bersama jabatan itu serta unit veterinar Kota Kinabalu.
"Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan atau tembakan pada kesemua badan gajah, namun pemeriksaan pada organ dalaman, dipercayai ada kesan jangkitan kuman di bahagian paru-paru.
"Sebanyak tujuh sampel telah diambil untuk tujuan analisis di Jabatan Kimia Malaysia, bagi mengenal pasti punca kematian sebenar gajah tersebut," katanya.
Sementara itu, Dzulbaharin berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 37 Enakmen Pemeliharan Hidupan Liar 1997 iaitu mencederakan haiwan hidupan liar atau dilindungi .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah jantan
#gajah mati
#jabatan hidupan liar sabah
#Ladang Malangking
#Polis Daerah Kinabatangan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan