[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
MALAYSIA

Gajah liar dipindahkan ke Perkampungan Gajah Kenyir

Astro Awani 09/05/2014 | 03:35 MYT
Setakat ini terdapat sembilan ekor gajah jinak dan 14 gajah liar di Perkampungan Gajah Kenyir.
Kerajaan Negeri Terengganu bersedia menempatkan gajah liar yang mengganggu penduduk di Hulu Terengganu dan Setiu di Perkampungan Gajah Kenyir, Hulu Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya sudah berbincang dan sedia bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar, Perhilitan bagi menambah jumlah haiwan di perkampungan berkenaan.
Setakat ini terdapat sembilan ekor gajah jinak dan 14 gajah liar.
Beliau berkata, perkampungan berkenaan mampu menyelesaikan masalah pertembungan haiwan liar dan manusia sekaligus menjadi produk pelanconganan berprestasi tinggi.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bersedia menanggung kos pemindahan setiap gajah liar yang membabitkan kos RM50,000 untuk ditempatkan di perkampungan berkenaan.
Perkampungan Gajah Kenyir yang diuruskan pihak swasta mula dibuka kepada orang ramai pada Jumaat.
Selain pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan, Perkampungan Gajah Kenyir dilengkapi chalet atas pokok serta jambatan gantung dan kawasan tinjau.
#Ahmad Said #gajah liar #Perhilitan #Perkampungan Gajah Kenyur #Terengganuu