awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Remaja hilang di Machang ditemukan lemas - Bomba
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah liar Yeop Jong dari Gerik dipindah ke Terengganu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/10/2020
08:53 MYT
Gajah liar Yeop Jong dari Gerik dipindah ke Terengganu
Kerja pemindahan dilakukan 20 kakitangan dari Pusat Konservasi Gajah kebangsaan (PKGK) Lanchang, Pahang dan PERHILITAN Perak. -Astro AWANI
GERIK:Gajah jantan yang ditangkap di kawasan ladang getah di sempadan Kampung Plang dan Kampung Jong, dekat sini Isnin lalu, berjaya dipindahkan ke Taman Negara di Terengganu hari ini.
Gajah yang diberi nama Yeop Jong itu berusia sekitar 14 tahun dengan berat antara 1,800 dan 2,000 kilogram.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah yang berkeliaran bersendirian itu berjaya ditangkap anggota Unit Tangkapan Gajah Perak (UTGP) hasil maklumat penduduk kampung.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, gajah itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya di Hutan Simpan Gerik yang menjadi kawasan rayaunya sebelum berkeliaran untuk mencari kumpulannya semula.
“Kehadiran gajah itu menakutkan penduduk untuk ke ladang getah mereka, selain ia merosakkan tanaman seperti getah, kelapa, tebu dan durian. Gajah itu juga masuk hingga ke dalam kampung dan menghampiri rumah-rumah penduduk,” katanya di sini.
Yusoff berkata, gajah itu dikenal pasti daripada ID Kumpulan Belum yang dianggarkan sekitar 40 ke 50 ekor yang digelar gajah konflik kerana sering mengganggu beberapa kawasan termasuk Felda Bersia, Kampung Pecah Batu, Bongor dan Jalan Raya Timur Barat.
“Gajah ini merupakan gajah kedua ditangkap oleh UTGP di kawasan ini. Gajah pertama ditangkap pada 2019 dan telah dipindahkan ke Pusat Perlindungan Gajah, Terengganu," ujarnya.
Kerja-kerja pemindahan hari ini dilakukan 20 kakitangan dari Pusat Konservasi Gajah kebangsaan (PKGK) Lanchang, Pahang dan PERHILITAN Perak dengan khidmat dua gajah denak bernama Rambai dan Alam.
Proses pemindahan yang bermula jam 10 pagi selesai jam 2 petang, turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Salbiah Mohamed dan penduduk kampung.
Sementara itu, katanya kehadiran orang ramai yang menyaksikan proses pemindahan adalah perkara biasa dan mereka juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Topic Berkaitan
#gajah liar
#gajah denak
#pemindahan gajah
#yeop jong
#gajah konflik
#Gerik
#ganggu manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan