awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah liar 'Yob Daha' berjaya dibawa keluar dari Felda Bersia Timur

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/07/2021
11:49 MYT
Gajah liar 'Yob Daha' berjaya dibawa keluar dari Felda Bersia Timur
Operasi memindahkan Yob Daha turut dibantu dua ekor denak iaitu Rambai dan Abot bagi memujuk dan menenangkannya sebelum dihantar ke Taman Negara. - Astro AWANI
GERIK: Seekor gajah jantan liar yang diberi nama ‘Yob Daha’ berjaya dibawa keluar dari ladang sawit Felda Bersia Timur, dekat sini, hari ini, untuk dipindahkan ke Taman Negara.
Dalam masa sama, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak giat mengesan dua lagi gajah liar yang dipercayai masih berkeliaran di kawasan Felda berkenaan.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pengesanan gajah jantan dan betina itu dilakukan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Gerik bagi memantau keadaan terutama berhampiran penduduk.
Menurutnya, ia susulan daripada aduan yang diterima penduduk yang melihat kehadiran mamalia terbabit memasuki kawasan ladang pada Khamis.
“Kita ada mengesan kehadiran dua ekor gajah terbabit yang masih berkeliaran dan kami menerima aduan daripada penduduk berhampiran pada pagi semalam.
“Haiwan terbabit dipercayai daripada kumpulan sama Yob Daha, gajah jantan yang berjaya ditangkap pada Isnin lalu yang dilaporkan melakukan kerosakan pada tanaman penduduk," katanya ketika ditemui pada Op Pindah Yob Daha di sini, hari ini.
Yusoff berkata, kawalan dilakukan dari semasa ke semasa dan pihaknya mengharapkan pasangan gajah itu kembali ke habitat asalnya.
Pada Isnin, Perhilitan Perak berjaya menangkap Yob Daha di ladang sawit Felda Bersia Timur, susulan aduan daripada penduduk kampung sekitar berhubung kerosakan tanaman termasuk pisang, kelapa dan kelapa sawit.
Yusoff memberitahu, pemindahan Yob Daha dilakukan selepas haiwan itu melakukan kerosakan melibatkan kelapa sawit, getah, kelapa dan pisang dengan anggaran kerugian sebanyak RM2,500.
Katanya, anggota mengambil masa lebih dua jam memindahkan seekor gajah liar dianggarkan berusia 18 hingga 20 tahun dan seberat dua tan.
Operasi melibatkan 15 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah serta lapan kakitangan Perhilitan Perak.
Operasi turut dibantu dua ekor denak iaitu Rambai dan Abot bagi memujuk dan menenangkan Yob Daha sebelum dihantar ke Taman Negara.
Topic Berkaitan
#gajah
#gajah liar
#yob daha
#Gerik
#ladang sawit
#felda bersia timur
#Perhilitan
#Unit Tangkapan Gajah
#tanaman
#penduduk kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan