awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah mati ketika lahir anak secara songsang

Bernama
Bernama
14/02/2021
09:26 MYT
Gajah mati ketika lahir anak secara songsang
Cubaan untuk menyelamatkan anak gajah yang dikenal pasti jantina jantan itu juga gagal kerana ia didapati mati dalam kandungan. - Foti Sinar Harian
JOHOR BAHRU:Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anak secara songsang di Ladang Mados, Lenggor, dekat Mersing, semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 tengah hari daripada kakitangan ladang berkenaan selepas mendapati terdapat seekor gajah sedang cuba melahirkan anak.
Katanya, seramai tiga kakitangan Perhilitan Daerah Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian bersama enam kakitangan ladang itu bagi memantau keadaan.
Beliau, bagaimanapun, berkata kira-kira jam 5 petang, gajah tersebut didapati tidak lagi bergerak.
"Ketika diperiksa, didapati hanya kaki anak gajah itu sahaja yang terkeluar. Siasatan lanjut mengesahkan anak gajah tersebut berkeadaan songsang dan gajah betina itu mati disebabkan dystocia," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata cubaan untuk menyelamatkan anak gajah yang dikenal pasti jantina jantan itu juga gagal kerana ia didapati mati dalam kandungan.
"Perut gajah tersebut telah dibelah dalam cubaan menyelamatkan anaknya tetapi tidak berjaya," katanya sambil menambah, bangkai gajah tersebut kemudiannya ditanam dengan bantuan pihak ladang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah
#gajah betina
#gajah mati
#lahirkan anak
#Songsang
#Ladang Mados
#Lenggor
#Mersing
#Perhilitan
#dystocia
#anak gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan