KUALA LUMPUR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat menasihatkan penjawat awam untuk tidak berbelanja secara berlebihan agar dapat bertahan hingga kemasukan gaji seterusnya.
"Cuepacs merakamkan ribuan terima kasih atas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinannya untuk diawalkan pembayaran gaji dan BKKA bagi bulan April 2023.
"Gaji yang diterima itu sama pada setiap bulan sebenarnya jadi mereka (penjawat awam) telah pun meletakkan gaji itu untuk pembayaran tetap seperti bil utiliti, bayaran pinjaman dan perbelanjaan anak-anak yang bersekolah," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata dengan langkah itu, penjawat awam boleh merancang perbelanjaan supaya bersesuaian dengan kewangan mereka, agar Aidilfitri mampu disambut dengan lebih selesa dan meriah.
Sebelum ini Cuepacs mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 17 April.
Adnan turut berharap penjawat awam dapat menjadi pengguna yang bijak berbelanja dalam memenuhi kehendak mereka.
"Berbelanjalah mengikut bentuk acuan perbelanjaan masing-masing dan janganlah dalam bentuk acuan yang mereka tidak mampu kerana mereka akan merana jika perbelanjaan tidak disusun dengan lebih awal," katanya.
Sementara itu, seorang guru Mohd Hafiz Mohd Fami berkata beliau gembira apabila gaji dan BKKA diawalkan kerana dapat memberi nilai tambah kepada perbelanjaan keluarga untuk menyambut Aidilfitri.
"Saya bersyukur dan gembira kerana sedikit sebanyak saya dapat membeli barangan keperluan dan membuat persiapan dengan lebih awal menjelang hari raya," katanya pada Bernama.
Anggota keselamatan beruniform Muhammad Aiman Abd Aziz berkata apabila jadual gaji diawalkan ia dapat memberi peluang kepada yang sudah berkeluarga untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dan bagi yang bujang boleh digunakan kepada keluarga serta diri sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Penjawat awam disaran merancang perbelanjaan supaya bersesuaian dengan kewangan mereka, agar Aidilfitri mampu disambut dengan lebih selesa dan meriah.- Gambar hiasan/BERNAMA
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.