Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet pertama hari ini telah bersetuju untuk mengurangkan gaji bulanan mereka sebanyak 10 peratus.
Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah ini diambil bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.
"Setelah berbincang, kami semua bersetuju untuk mengurangkan gaji Jemaah Menteri sebanyak 10 peratus," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata potongan gaji itu adalah berasaskan kepada gaji asas menteri.
Tambahnya, beliau mendapati ada beberapa penjawat awam kanan yang menerima gaji lebih tinggi daripada menteri.
Ditanya sama ada pegawai kanan kerajaan akan terlibat dalam potongan gaji, beliau berkata, ia terpulang kepada mereka.
“Ini adalah kebiasaan saya kerana ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, perkara pertama yang saya lakukan ialah memotong gaji menteri dan juga pegawai kanan kerajaan yang mendapat bayaran lebih tinggi daripada para menteri.
“Terserah kepada mereka (pegawai kanan kerajaan). Jika mereka rasa ingin menyumbang ke arah mengurangkan kos mentadbir negara ini, mereka boleh berbuat demikian. Kita tidak memaksa mereka,” katanya.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 sehingga 2003.
Sementara itu, mengulas berhubung Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua penjawat awam yang dijanjikan kerajaan sebelum ini, Dr Mahathir berkata:
"Kita tidak terikat pada janji-janji mereka. Janji ini dibuat oleh (mereka yang jadi) pembangkang sekarang. Mereka tidak memenangi pilihan raya.
"Bagaimanapun, kita akan menelitinya dengan cara yang positif sama ada mereka (penjawat awam) layak diberi elaun tambahan atau apa sahaja, kami akan lakukan."
Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 pada 4 April lalu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu KGT pada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Hafiz Marzukhi
Wed May 23 2018

Dr Mahathir mendengar sesuatu daripada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri kali pertama di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA

MIFF 2022 bakal dorong momentum positif pertumbuhan eksport perabot
Momentum untuk MIFF 2022 telah melonjak sejak Malaysia melonggarkan lagi sekatan COVID-19 untuk pelancong antarabangsa mulai 1 Mei tahun ini.

Tiada jerebu sehingga Jun - MetMalaysia
Monsun Barat Daya akan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas yang mungkin menyebabkan berlakunya jerebu tempatan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967439/thumbnails/41447416081652834038584_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP OPR tidak bebankan peminjam, beri manfaat kepada M40 - Tengku Zafrul #AWANInews

Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Fitch berkata kadar faedah dasar yang semakin meningkat menandakan berakhirnya era kos pinjaman kerajaan yang sangat rendah.

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Orang/entiti berikut ditambah ke senarai, iaitu Sultan Pelaburan Malaysia, Pelaburan Terbuka dan Traders Fair Malaysia.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

Hanya kumpulan usahawan mikro diberi pengecualian gaji minimum
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperincikan bahawa hanya kumpulan usahawan mikro yang diberi pengecualian bagi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sehingga akhir tahun ini.

PMKS dibenar tangguh gaji minimum RM1,500 hingga Disember
Datuk Awang Hashim berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira tahap kewangan majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Gaji Messi paling lumayan
Bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mengatasi pemain bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lepas.

Kerja 4 hari seminggu: Perlu diteliti, elak gaji, elaun pekerja dipotong - MTUC
Ada industri yang relevan bekerja empat hari seminggu dan ada sektor yang tidak relevan kerja empat hari seminggu.

Tidak patut potong gaji pekerja bekerja dari rumah - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata perkara berkenaan turut tidak dibenarkan berdasarkan kepada dasar gaji negara.

Perintah gaji minimum RM1,500 telah diwartakan
Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan semalam.

Kenaikan dalam gaji minimum akan menjejaskan pemulihan perniagaan - FMM
Menurut FMM, ia mungkin akan mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.

BDR: Berhenti tekan pekerja bawahan, tumpu kelemahan pengurusan tertinggi - MUDA
Kalau benar MEF hendak berkira tentang penjimatan kos perjalanan maka haruslah dipersoalkan kos internet dan kos elektrik bekerja dari rumah.

Tiada 'pusingan U', gaji minimum tetap dilaksanakan 1 Mei - PM
Perincian lengkap mengenainya akan diumumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan tidak lama lagi.

PIKM rayu kerajaan tangguh pelaksanaan gaji minimum RM1,500
Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) merayu kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.