MALAYSIA
Gaji minimum RM1,700 sebulan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Ogos - KESUMA
Perintah Gaji Minimum turut terpakai kepada pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak melibatkan pekhidmatan domestik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sepenuhnya Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025 kepada semua majikan di seluruh negara, tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kadar baharu itu telah mula dilaksanakan pada 1 Februari 2025 bagi majikan yang mempunyai lima orang pekerja dan ke atas serta bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.
“Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, satu tempoh penangguhan selama enam bulan telah diberikan dan akan tamat pada 31 Julai 2025.
"Maka, bermula 1 Ogos ini, semua majikan tanpa pengecualian perlu mematuhi kadar minimum RM1,700 sebulan,” menurut kenyataan itu.
Perintah ini turut terpakai kepada pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak melibatkan pekhidmatan domestik.
KESUMA menegaskan, semua majikan diwajibkan menyemak semula struktur gaji syarikat bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan, selain membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan latihan kemahiran pekerja.
Kementerian turut mengingatkan kegagalan mematuhi PGM merupakan satu kesalahan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], yang boleh membawa denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja, denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan dan bagi kesalahan berulang, denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.
Dalam pada itu, KESUMA menggalakkan majikan untuk memanfaatkan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang bersifat sukarela sebagai pelengkap kepada pelaksanaan gaji minimum.
“Melalui DGP, majikan berpeluang meningkatkan pendapatan pekerja berdasarkan produktiviti, kemahiran dan sumbangan kerja, sambil menikmati insentif tunai bersasar daripada kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pelaksanaan PGM boleh dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di seluruh negara atau melalui laman rasmi kementerian di www.minimumwages.mohr.gov.my.
Untuk maklumat lanjut mengenai DGP, majikan boleh melayari www.gajiprogresif.gov.my.