Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum baharu sektor swasta selewat-lewatnya Ogos ini selepas selesai proses semakan dan mendapat kelulusan Kabinet.
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016.
Beliau berkata Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara (JTPGN) telah selesai menjalankan kajian itu sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
Katanya mesyuarat MPGN itu juga akan mempertimbangkan syor kadar gaji minimum dan perkara lain yang berkaitan bagi menepati janji manifesto Pakatan Harapan.
"Selepas mesyuarat, kementerian akan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri bagi suatu keputusan dibuat kerajaan," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Manusia, di sini hari ini.
Kulasegaran berkata pihaknya juga telah membincangkan 10 janji yang perlu dipenuhi dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan termasuk menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara.
"Saya dimaklumkan JTPGN bersedia membentangkan syor kadar gaji minimum baharu kepada MPGN iaitu badan tripartite (tiga pihak) yang berperanan untuk membincangkan dan membawa syor itu kepada jemaah menteri," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan sedia mempertimbang cadangan memberi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 1.2 juta golongan suri rumah di negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada keluarga masing-masing.
Bagaimanapun katanya mekanisme pelaksanaannya akan diteliti sama ada bersesuaian atau tidak di negara ini.
"Ramai suri rumah adalah di bawah kumpulan B40 dan tidak mempunyai jaringan keselamatan sosial. Bank Dunia menyifatkan sumbangan wanita bekerja dan tidak bekerja adalah sama penting kepada pembangunan negara," katanya.
Terdahulu, Kulasegaran dalam ucapannya menekankan Kementerian Sumber Manusia perlu sifar rasuah serta mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang dan mengarahkan pasukan penguatkuasaan kementerian untuk selalu mengadakan pemeriksaan di premis pekerjaan.
Dalam pada itu, beliau turut memberi tumpuan untuk menyelesaikan kes tertunggak di Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan.
"Kita juga akan menambah baik liputan keselamatan sosial kepada suri rumah dan pasangan, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat mengenai hak mereka sebagai pekerja di bawah undang-undang buruh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 04 2018
Kulasegaran menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.