awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji sebenar pekerja di Malaysia dijangka naik 2.8 peratus pada 2022 - ECA

Bernama
Bernama
19/11/2021
12:24 MYT
Gaji sebenar pekerja di Malaysia dijangka naik 2.8 peratus pada 2022 - ECA
Malaysia adalah antara negara yang dijangka menyaksikan beberapa peningkatan tertinggi dalam kadar pertumbuhan gaji di Asia-Pasifik pada 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Golongan pekerja di Malaysia diunjur akan menerima kenaikan gaji sebenar sebanyak 2.8 peratus pada 2022, meningkat daripada pertumbuhan 1.5 peratus tahun ini, menurut Laporan Trend Gaji terkini oleh penyedia data pengurusan pekerja dan perisian, ECA International.
Laporan itu berkata negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand, antara negara dijangka menyaksikan kadar kenaikan gaji terpantas tahun depan berbanding 2021 apabila ekonomi negara berkenaan pulih daripada kesan pandemik COVID-19 dan sempadan antarabangsa dibuka semula .
Pengarah Serantau ECA International - Asia, Lee Quane berkata Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang paling terjejas akibat pandemik itu dan dijangka menyaksikan beberapa peningkatan tertinggi dalam kadar pertumbuhan gaji di Asia-Pasifik pada 2022 apabila ekonomi masing-masing kembali normal.
"Sekiranya negara-negara ini mampu mengawal inflasi pada 2022, prospek ekonomi yang bertambah baik memberi petunjuk bahawa kadar kenaikan gaji sebenar bagi pekerja di negara-negara ini akan menjadi antara yang tertinggi di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan itu berkata kenaikan gaji sebenar untuk pekerja diunjurkan pada 1.9 peratus secara purata di seluruh rantau Asia Pasifik pada 2022.
"Ia lebih tinggi daripada rantau lain dengan jangkaan kenaikan gaji sebenar global hanya 0.9 peratus secara purata.
Laporan Trend Gaji tahunan menganalisis itu kenaikan gaji semasa dan menjangkakan kenaikan gaji akan berlaku kepada lebih 70 negara dan bandar di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja Malaysia
#kenaikan gaji
#ECA International
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan