JASIN: Kerajaan Negeri Melaka menggalakkan sektor perkilangan untuk lebih proaktif menerapkan penggunaan teknologi hijau, sekali gus dapat meminimumkan kesan terhadap alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata usaha itu seperti penggunaan teknologi bersih dan menerapkan elemen pengeluaran bersih bagi setiap penghasilan produk.
"Penerapan teknologi dan proses yang efisien oleh kilang-kilang ini dilihat mampu mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.
"Usaha ini sejajar dengan usaha Melaka ke arah sebuah bandar pintar dan teknologi hijau selain sasaran kita mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau atau Greenhouse Gas (GHG) hingga 45 peratus intensiti karbon," katanya kepada pemberita di Politeknik Merlimau di sini pada Sabtu.
Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Rosli Mustafa dan Ketua Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Ismail Hashim.
Mengulas lanjut, Rais berkata kerajaan negeri juga komited dalam menyokong program-program berbentuk kemasyarakatan dan kesukarelawanan seperti aktiviti gotong-royong bagi menggalakkan orang ramai terus mengekalkan kebersihan, keindahan dan keceriaan alam sekitar.
Beliau berkata selain itu, pelbagai organisasi seperti jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi komitmen dengan program Rakan Strategik Alam Sekitar.
"Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk melibatkan semua sektor serta komuniti setempat bagi menjayakan program kesedaran terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar," katanya.
Sementara itu, Rais berkata cadangan pembinaan Loji Sisa ke Tenaga (WTE) atau insinerator di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang kini di peringkat terakhir kelulusan dan hampir pasti dapat direalisasikan.
Beliau berkata pihaknya amat berharap pembinaan loji baharu itu dapat diluluskan memandangkan tapak pelupusan sedia ada kini semakin sesak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Rais Yasin berkata usaha itu seperti penggunaan teknologi bersih dan menerapkan elemen pengeluaran bersih bagi setiap penghasilan produk. - Foto Facebook/Rais Yasin
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
Sektor perladangan kelapa sawit kurang 40,000 pekerja - Johari
Terdapat lebihan 165,000 pekerja untuk sektor perkilangan manakala 27,000 untuk sektor perkhidmatan.
MITI wujudkan IMFC sebagai pusat sehenti hal-hal berkaitan pelaburan di MIDA
MITI mewujudkan pusat memudah cara pelaburan Malaysia atau IMFC yang bersifat sebagai pusat sehenti bagi hal-hal berkaitan pelaburan di ibu pejabat MIDA.
Galak sektor perkilangan terap penggunaan teknologi hijau
Ia sekali gus dapat meminimumkan kesan terhadap alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
MITI-KKM bincang wujudkan program vaksinasi dos penggalak sektor perkilangan, pembuatan
Langkah itu selari dengan perancangan memasuki fasa peralihan ke endemik yang akan merancakkan semula ekonomi negara.
Bukan masa yang sesuai untuk semakan semula tarik elektrik - FMM
Pada masa ini, industri sedang bergelut dengan harga inflasi membabitkan hampir semua kos perniagaan.
Tutup kilang sudah tidak relevan - Pakar
Cadangan untuk menutup sektor perkilangan ketika ini dilihat tidak lagi relevan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Cadangan tutup sektor perkilangan merencat ekonomi - Srikandi Muda
Cadangan penutupan sektor perkilangan dan pembuatan hanya akan merencatkan ekonomi negara dan memberi kesan negatif kepada 2.2 juta keluarga pekerja sektor tersebut.
Agensi penguatkuasa tidak perlu waran periksa sektor perkilangan - Hamzah
Hamzah berkata ini kerana perkara itu tertakluk di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Jan lepas.
Malaysia catat jumlah pelaburan diluluskan RM164 bilion pada 2020
Malaysia mencatat sejumlah RM164 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 4,599 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2020, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Anta
Kerajaan tak tutup ekonomi sepenuhnya, tumpu sektor kilang dan pembinaan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tumpuan ketika ini diberikan kepada sektor perkilangan dan pembinaan.