[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Gali dan ambil artifak tanpa lesen satu kesalahan - Jabatan Warisan

Bernama 04/06/2016 | 00:00 MYT
Kesalahan itu boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. - Gambar hiasan
Jabatan Warisan Negara (JWN) menegaskan sekiranya mana-mana individu yang sengaja menggali mana-mana tanah bagi memperoleh objek atau artifak tanpa lesen daripada Pesuruhjaya Warisan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
JWN dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, hukuman itu adalah mengikut Subseksyen 86 (2), Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Jabatan itu juga berkata sebarang perjumpaan objek atau artifak perlu dilaporkan kepada Pesuruhjaya Warisan, pegawai yang diberi kuasa atau Pegawai Daerah yang berdekatan kawasan penemuan untuk kerja kajian lanjutan serta pemuliharaan dan pemeliharaan.
#cari artifak #gali tanah #Jabatan Warisan #kesalahan mencari artifak #tanpa lesen