INTREND
[GAMBAR] Kisah 8 tahun bercinta. Siapa sebenarnya isteri Fahrin Ahmad?
![[GAMBAR] Kisah 8 tahun bercinta. Siapa sebenarnya isteri Fahrin Ahmad? [GAMBAR] Kisah 8 tahun bercinta. Siapa sebenarnya isteri Fahrin Ahmad?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/http://intrend.com.my/getmedia/a9785596-f105-4d13-92a3-420d64e54035/IMG_0682.JPG.aspx?width=120&height=90&ext=.jpg)
Kisah 8 tahun bercinta. Siapa sebenarnya isteri Fahrin Ahmad?
9 Mei juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Fahrin Ahmad yang ke-36. Anak ketiga daripada empat beradik ini salah seorang putera pasangan Haji Ahmad bin Atil dan Hajjah Merbyah binti Akhwan.
Minat beliau terhadap sukan dan aktiviti kecergasan juga tidak dapat dipisahkan. Perjalanan seni beliau dipenuhi banyak gosip serta spekulasi tentang jodoh. Namun, berkat ramai yang mendoakan selama ini, bagi diri beliau hari ini bagai terjawab sebuah doa yang pengantin perempuan bernama Elena Hani binti Eleas, 37 tahun. Telah dilahirkan di Johor Bahru, Johor. Beliau sebelum ini berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Anak sulung daripada tiga beradik, beliau satu-satunya puteri bagi pasangan Haji Eleas bin Hashim dan Hajjah Rohaniah binti Sayon.
Elena telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Peringkat A-Level di Kolej Yayasan Pelajaran MARA Kuala Lumpur sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) LLB (Hons) pada tahun 2003 di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam. Beliau kemudiannya memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam bertauliah di firma guaman Tetuan Cheang & Ariff Kuala Lumpur selama lima tahun (2003-2007).
Atas dasar mencabar diri mencuba sesuatu yang baru serta membuktikan kemampuan diri berdikari, beliau telah berhijrah ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dengan menyertai syarikat penerbangan antarabangsa terkemuka Emirates Airlines bermula tahun 2007. Setelah hampir lapan tahun beliau berkhidmat bersama syarikat tersebut, kini beliau memegang jawatan Ketua Pramugari (Senior Flight Stewardess) dan masih terus menetap di Dubai sehingga hari ini. Pasangan ini pada suatu masa dahulu pernah menuntut di institusi pengajian yang sama iaitu Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di UiTM Shah Alam.
Namun begitu, mereka hanya saling mengenali tetapi tidak berkawan. Selepas matrikulasi dan memasuki Fakulti Undang-Undang, mereka jarang melihat kelibat satu sama lain sehinggalah tamat pengajian dan membawa haluan hidup masing-masing. Jika sudah jodoh tidak ke mana, selepas 17 tahun, takdir sekali lagi menemukan mereka kembali. Pertemuan semula mereka yang pada mulanya sekadar hanya untuk bertanya khabar sehingga hari pernikahan ini tidakpun sampai setahun. Keputusan untuk bernikah antara kedua-dua pihak hanya mengambil masa beberapa bulan selepas detik pertemuan semula ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami