Tarikh bermakna 31 Ogos semestinya tarikh bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia dengan berlangsungnya perakarakan beramai-ramai dari pelbagai kontinjen negara, pembacaan ikrar serta bermacam lagi aktiviti yang melambangkan kemerdekaan yang diraikan.
Tanggal Ahad lalu, trio penyampai Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sinar Pagi Kak Engku, Salih Yacob dan Krill telah melakarkan lagi sebuah sejarah rancangan tersebut apabila mereka turut berhimpun di Dataran Merdeka sempena sambutan hari Kemerdekaan negara. Inisiatif ketiga-tiga penyampai itu untuk bersama – sama berarak sempena Kemerdekaan ini mendapat perhatian apabila mereka sendiri hadir untuk acara raptai dan meraikan Hari Kemerdekaan bersama-sama warga Malaysia. Bagi melakar sebuah kenangan indah bersama rakyat Malaysia di hari bersejarah negara, penyampai Sinar FM turut beramah mesra bersama warga Malaysia yang berhimpun pada hari tersebut.
Sebagai sebuah stesen yang selari dengan slogan Menyinari Hidupmu, Sinar FM sentiasa mangambil inisiatif untuk dekat dihati peminat seperti cerita semalam pula, Abby Fana dan penyampai Sinar Pagi telah membawa sinar mata hati buat seorang insan bergelar Mak Cik Hendon yang juga merupakan seorang yang cacat penglihatan bertempat di Jalan Hassan Klang. Seperti selalu, perhatian yang perlu kita berikan kepada warga kurang upaya (OKU) amatlah digalakkan. Ini menunjukkan tanggungjawab kita sebagai seorang insan yang sempurna untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukannya.
Kisah wanita gigih yang berusia 75 tahun ini mendapat perhatian penyampai Sinar FM seperti Abby Fana, Kak Engku, Sallih Yaacob dan Krill. Sebagai rutin harian, Mak Cik Hendon akan berjalan sejauh 2km setiap hari untuk menjaja di tepi jalan. Paling teruja, apabila hasrat wanita yang semakin dimamah usia ini menjadi realiti. Beliau kelihatan sungguh ceria kerana niatnya untuk bertemu dengan penyampai dari stesen radio kegemarannya Sinar FM menjadi kenyataan.
Hasrat untuk bertemu dengan wanita ini juga adalah berpunca dari sebuah video yang menayangkan kisah warga kurang upaya ini telah viral melalui salah seorang pengguna internet yang sangat prihatin. Pihak Sinar FM juga turut merasa terpanggil untuk menyelami kehidupan seharian wanita tersebut. buat Penyampai Sinar fm, Abby Fana menawarkan diri untuk pergi menyaksikan sendiri bagaimana Mak Cik Hendon ini menguruskan kehidupan dan perniagaannya. Ternyata, pertemuan ini membawa sinar dalam hidup mak Cik Hendon yang memberitahu kami tujuannya meniaga adalah untuk menyara dirinya dan tidak mahu mengemis atau meminta sedekah. Selagi ada daya upaya dan kudrat, Mak Cik Hendon tidak mahu menyusahkan sesiapa pun termasuklah anak-anaknya.
Setiap pagi, Mak Cik Hendon juga akan menyorong gerainya sejauh 200 meter untuk meniaga makanan ringan mulai jam 9 pagi hingga jam 1 petang. Kanak-kanak yang pulang dari sekolah, orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut adalah pelanggannya.
Pada mulanya, hanya Abby Fana sahaja yang ingin turun padang dan menyaksikan sendiri kisah Mak Cik yang cacat penglihatan ini namun Trio Sinar Pagi, Salih Yaacob, Raja Azura dan Krill Rashid juga turut serta pada lewat pagi itu dan membawakan bekalan makanan ringan supaya boleh dijual oleh Mak Cik Hendon. Harapan Sinar FM pula, semoga kegembiraan yang dibawa dan dimulakan ini akan berpanjangan dan masayarakat di luar sana berikan keprihatinan mereka terhadap nasib warga OKU seperti Mak Cik Hendon ini.
Astro Publication
Mon Sep 07 2015
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[GAMBAR] Penyampai Sinar FM Bantu Wanita Cacat Penglihatan Buat Anda Terharu
Hasrat untuk bertemu dengan wanita ini juga adalah berpunca dari sebuah video yang menayangkan kisah warga kurang upaya ini telah viral melalui salah seorang pengguna internet