awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganabatirau akan beri keterangan kepada polis berhubung isu kuil

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2018
09:18 MYT
Ganabatirau akan beri keterangan kepada polis berhubung isu kuil
GANABATIRAU: Saya sahkan akan dipanggil polis untuk diambil keterangan mengenai kenyataan saya berhubung insiden itu tempoh hari. -Gambar fail
Exco kerajaan negeri Selangor V. Ganabatirau hari ini mengesahkan akan memberi keterangan kepada polis pada jam 6 petang ini di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang negeri itu berkata beliau dipanggil berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini.
"Saya sahkan akan dipanggil polis untuk diambil keterangan mengenai kenyataan saya berhubung insiden itu tempoh hari.
"Sepatutnya saya perlu hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor tetapi disebabkan ada mesyuarat perlu dihadiri, polis akan datang ke pejabat saya petang ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini, lapor Bernama.
Pada 26 Nov lepas, Ganabatirau melalui akaun sosial Facebook miliknya memuat naik status berhubung kekecohan yang berlaku di kuil berkenaan dengan mendakwa sekumpulan orang Islam telah menyerang kuil berkenaan.
Kenyataan beliau itu kemudian diselar pelbagai pihak termasuk PAS Selangor yang mana menyifatkan Ganabatirau cuba memainkan sentimen perkauman.
Susulan itu juga semalam Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementeriannya akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan seumpamanya di negara ini.
Sebelum ini polis menjelaskan insiden kekecohan di kuil itu pada awal pagi Isnin dan Selasa lepas tiada kena mengena dengan perbalahan perkauman kerana ia sebenarnya menjurus kepada isu perpindahan kuil dari lokasi asal ke lokasi baharu di Putra Heights yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak asal kuil.
Topic Berkaitan
#berbaur perkauman
#Ganabatirau
#kekecohan
#kuil sri maha mariamman
#sentimen perkauman
#SUK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan