awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gandingan Sofyank dan Beto Kusyairy dalam video 'Metal Slug' terima pujian netizen

Gempak
Gempak
27/08/2023
04:30 MYT
Gandingan Sofyank dan Beto Kusyairy dalam video 'Metal Slug' terima pujian netizen
Sofyank bergabung dengan pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dalam sebuah video mempromosikan versi baharu permainan Metal Slug: Awakening. -Gempak/TikTok Sofyank96
BUAT pertama kali pereka kandungan digital dan pempengaruh media sosial, Sofyank bergabung dengan pelakon hebat iaitu Beto Kusyairy dalam sebuah video mempromosikan versi baharu permainan Metal Slug: Awakening.
Teruja impian jadi kenyataan, Sofyank mengakui dia sendiri yang memilih Beto untuk bekerjasama dengannya kerana menganggap aktor itu seorang yang hebat.
“Saya sendiri yang memilih Beto kerana dia merupakan aktor hebat generasi kini, dan ramai orang sering menyuarakan hasrat untuk melihat kami bekerjasama dan akhirnya ia menjadi kenyataan,” katanya.
Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah selaku pengarah video tersebut turut sama melakonkan satu lagi watak utama iaitu Marco Rossi.
Beto yang melakonkan salah satu watak utama iaitu Tarma Roving turut melahirkan rasa keterujaannya apabila menerima tawaran untuk bergandingan dengan Sofyank.
“Saya cukup teruja untuk bekerja dengan Sofyank kerana pada saya dia adalah permata berharga negara. Saya memang menanti-nantikan untuk berseronok di set penggambaran.
“Sebab watak ini adalah berdasarkan permainan video yang melibatkan adegan aksi dan tembak-menembak,” kata Beto.
Berkongsi pengalamannya sewaktu di set penggambaran, pemenang Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular 2023 itu berkata dia perlu mempunyai imaginasi yang tinggi sewaktu menjayakan watak tersebut.
“Kita semua tahu Sofyank adalah pakar kesan visual CGI, jadi sedari awal lagi kami sudah berbincang tentang jalan cerita, latar belakang dan pergerakan agar semuanya menjadi selari dengan apa yang dia mahu lakukan,” ujarnya.
Rata-rata netizen di laman sosial juga berasa teruja melihat gandingan mereka berdua dan memuji video promosi tersebut yang dilihat setaraf antarabangsa.
“MEREMANG! Padulah pian ! Yang penting abang @beto_kusyairy perform!
“Fuh Beto dengan Soloz! Pian the best video! Come on sikit lagi boleh jadi director filem sobat!” komen beberapa peminat.
Selain daripada Beto Kusyairi dan Sofyank, video tersebut turut menampilkan atlet e-sukan terkemuka, Soloz yang mempunyai lebih 3 juta pengikut di media sosial.
Soloz yang memegang watak sebagai pemain permainan sama seperti kehidupan sebenarnya turut mengatakan bahawa Metal Slug: Awakening merupakan antara permainan terbaik yang pernah dimainkan olehnya. -Gempak
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#Sofyank
#Beto Kusyairy
#Metal Slug Awakening
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan