awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air di 29 kawasan di Petaling mulai 11 malam ini - Air Selangor

Bernama
Bernama
30/09/2020
15:12 MYT
Gangguan air di 29 kawasan di Petaling mulai 11 malam ini - Air Selangor
Sebanyak 29 kawasan di daerah Petaling, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 11 malam ini.
KUALA LUMPUR:Sebanyak 29 kawasan di daerah Petaling, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 11 malam ini susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan air akan ditutup malam ini bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah terbabit yang dijangka siap pada 5 pagi esok dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi.
"Kawasan terjejas melibatkan Bandar Kinrara 1, 2, 3, 4, 5 dan 9, Jalan Puchong Batu 7 hingga Jalan Puchong Batu 13, Kampung Bohol, Jalan Kenari, PJS 1 hingga PJS 11, Kampung Lembah Kinrara dan Puchong Mesra.
"Turut terjejas kawasan Sirim, Taman Bukit Kuchai, Taman Kinrara, Puchong Indah, Taman Puchong Permai dan Taman Perindustrian 7," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata perkembangan semasa bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#tidak berjadual
#Persiaran Mimbar
#bukit jelutong
#paip pecah
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan