awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: Kerja penyenggaraan capai 83.9 peratus, dijangka siap malam ini

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
13/10/2021
11:10 MYT
Gangguan air: Kerja penyenggaraan capai 83.9 peratus, dijangka siap malam ini
Menurut Air Selangor, setakat jam 5 petang, kerja-kerja masih giat dijalankan dan ia dijangka siap sepenuhnya malam ini. - Gambar/ Twitter Air Selangor
KUALA LUMPUR: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) sudah berada pada tahap 83.9 peratus sehingga jam 5 petang tadi.
Menurut Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kerja-kerja berkaitan masih giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya malam ini.
“Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober 2021,” jelas Air Selangor.
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 sedang giat dilaksanakan. Sehingga jam 5:00 petang ini, peratusan kerja adalah pada tahap 83.9%.#AirSelangor #HentiTugas #1021SSP1 pic.twitter.com/wYfiPN4s0V
— Air Selangor (@air_selangor) October 13, 2021
Tiada Bekalan Air | Tinjauan kesukaran penduduk Lembah Klang
BACA: Dah tadah air ke? Mulai esok, 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air
Senarai lengkap kawasan yang terjejas, pili air awam dan stesen pengisian air komersial boleh didapati menerusi pautan hentitugas.airselangor.com.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.
Topic Berkaitan
#krisis air Selangor
#gangguan bekalan air
#loji rawatan air
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan