awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air berjadual di Lebuhraya Thean Teik dan Air Itam Khamis depan

Bernama
Bernama
15/12/2023
04:59 MYT
Gangguan bekalan air berjadual di Lebuhraya Thean Teik dan Air Itam Khamis depan
Bagi memudahkan kerja-kerja penyambungan paip, PBAPP perlu menutup sementara saluran paip 600mm MS (keluli lembut) di kawasan yang terjejas. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Sebanyak 9,000 pengguna di kawasan Lebuhraya Thean Teik dan berdekatan Air Itam di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam pada 21 Dis ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K Pathmanathan berkata gangguan yang dijadual bermula 9 pagi hingga 9 malam itu disebabkan kerja-kerja penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan untuk memudahkan projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Jejambat Air Itam.
"Kerja-kerja penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan akan dijalankan pada hari Khamis di lima tempat di dua lokasi berhampiran iaitu persimpangan Lebuhraya Thean Teik/Lintang Angsana dan Persimpangan Lebuhraya Thean Teik/pasar Farlim.
''Kerja-kerja penyambungan itu adalah terkait dengan pembinaan projek Jejantas Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Pathmanathan berkata bagi memudahkan kerja-kerja penyambungan paip, PBAPP perlu menutup sementara saluran paip 600mm MS (keluli lembut) di kawasan itu.
"PBAPP memohon maaf atas kesulitan yang akan berlaku akibat gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam itu dan semua pengguna yang terjejas digalakkan menyimpan air mencukupi untuk kegunaan dari 9 pagi hingga 9 malam pada Khamis depan," katanya.
Selain itu, beliau berkata semua premis domestik hendaklah dilengkapi dengan tangki air dalaman untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan 24 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Lebuhraya Thean Teik
#Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
#projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan