MALAYSIA
Gangguan bekalan air berpanjangan jejas lebih 10,000 pengguna di Labuan
Jabatan Air Labuan memaklumkan gangguan itu berpunca daripada pergerakan tanah di cerun Bukit Besar, yang menjejaskan paip salur masuk dan keluar. - Gambar hiasan
LABUAN: Beberapa kampung dan kawasan kediaman di sini mengalami gangguan bekalan air sejak 9 Jan, yang telah menjejaskan lebih 10,000 pengguna.
Ringkasan AI
Gangguan itu menjejaskan sedikit persediaan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah menyaksikan ramai isi rumah terpaksa beratur untuk mendapatkan bekalan air daripada lori tangki yang disediakan.
Sesetengah penduduk terpaksa membeli air botol untuk kegunaan mandi, memasak dan minuman.
Dalam kenyataan pada 8 Jan, Jabatan Air Labuan memaklumkan gangguan itu berpunca daripada pergerakan tanah di cerun Bukit Besar, yang menjejaskan paip salur masuk dan keluar.
Dalam kemas kini pada 10 Jan, jabatan itu melaporkan kerja-kerja pembaikan dihentikan sementara ekoran hujan berterusan dan tanah runtuh, dan akan disambung semula apabila keadaan mengizinkan.
Keadaan bertambah teruk apabila berlaku gangguan pada paip kedua di Pulau Buah, semalam.
Setakat 6.50 pagi hari ini, kerja-kerja pembaikan mencapai 65 peratus siap, dan Jabatan Air Labuan serta Perbadanan Labuan telah mengerahkan lori tangki air ke kawasan terjejas.
Jabatan itu akan memantau rapat situasi itu dan sebarang kemas kini akan dimaklumkan kemudian.
Justeru, sementara menunggu bekalan pulih sepenuhnya pengguna diminta menggunakan air dengan berhemat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 10,000 pengguna terjejas dengan gangguan bekalan air di beberapa kampung dan kawasan kediaman di Labuan sejak 9 Januari.
- Penduduk terpaksa beratur mendapatkan bekalan air dari lori tangki dan ada yang terpaksa membeli air botol untuk kegunaan harian.
- Kerja-kerja pembaikan paip air terganggu akibat hujan berterusan dan tanah runtuh, dengan 65% kerja siap pada 6.50 pagi hari ini; pengguna digalakkan menggunakan air secara berhemat.