awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di 2 kawasan daerah Timur Laut Sabtu ini

Bernama
Bernama
20/09/2021
09:00 MYT
Gangguan bekalan air di 2 kawasan daerah Timur Laut Sabtu ini
Pengguna di kawasan yang terbabit dinasihatkan supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 14 jam. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Dua kawasan di daerah Timur Laut iaitu Jalan Air Itam dan Jalan Scotland akan mengalami gangguan bekalan air selama 14 jam pada Sabtu ini dari 9 pagi hingga 11 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata ini berikutan kerja-kerja pelencongan paip yang memerlukan penutupan saluran paip 750 mm MS dan 450mm CI sedia ada di sepanjang kawasan terbabit bagi membolehkan penyambungan paip dilakukan.
Beliau berkata kira-kira 200 akaun akan terjejas akibat gangguan bekalan air itu.
"Pengguna di kawasan terbabit dinasihatkan supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 14 jam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Antara kawasan yang terlibat ialah Scots Pavilion, Children Protection Society, Scotland Park, Asrama Ramakrishna, Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Mashoor, Seri Cahaya Condo (Kampung Baru) dan Solok Scotland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#pulau pinang
#PBAPP
#Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan