Gangguan bekalan air di 463 kawasan terjejas pulih sepenuhnya - Air Selangor

Astro Awani
September 5, 2021 04:56 MYT
Gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kerana insiden pencemaran bau, kini pulih sepenuhnya.
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kerana insiden pencemaran bau, kini pulih sepenuhnya.
Air Selangor memaklumkan, kesemua pengguna yang terjejas di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat itu menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari Ahad.
"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," kata Air Selangor dalam satu kenyataan di laman Twitter rasminya pada Ahad.
Pada Jumaat, Air Selangor memaklumkan LRA Sungai Semenyih kendaliannya terpaksa dihenti tugas sepenuhnya pada jam 5.15 petang susulan insiden pencemaran bau dikesan pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.

Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kesemua 463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual yang disebabkan -#AirSelangor pic.twitter.com/nWR1Ea6RqS

— Air Selangor (@air_selangor) September 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bekalan air #Bersih #Kuala Langat #loji rawatan air #Putrajaya #Semenyih #Twitter #Air Selangor