awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di 472 kawasan: 80 peratus pulih pagi ini - Air Selangor

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2022
02:45 MYT
Gangguan bekalan air di 472 kawasan: 80 peratus pulih pagi ini - Air Selangor
Bekalan air bagi kawasan terjejas akibat henti tugas sementara LRA Bukit Tampoi dijangka pulih sepenuhnya pada jam 2 petang hari ini - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, mencapai 80 peratus sehingga jam 9 pagi ini.
Menurut Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya menerusi kemas kini di Twitter.
Berikut adalah senarai kawasan dan peratusan pemulihan setakat 10 pagi:
Sehingga jam 9:00 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 80%. Senarai kawasan-kawasan yang belum pulih adalah seperti di lampiran-lampiran berikut. #AirSelangor #2412SungaiSemenyih pic.twitter.com/WJZmjZ0Ju1
— Air Selangor (@air_selangor) December 26, 2022
pic.twitter.com/iurXraxJZH
— Air Selangor (@air_selangor) December 26, 2022
Difahamkan, bekalan air bagi kawasan terjejas akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi dijangka pulih sepenuhnya pada jam 2 petang ini, manakala kawasan terjejas oleh henti tugas sementara LRA Sungai Semenyih dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.
Terdahulu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi semalam, berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir mengakibatkan henti tugas sementara di kedua-dua LRA.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#LRA Sungai Semenyih
#LRA Bukit Tampoi
#pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan