KUANTAN: Sebanyak 86 kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual yang bermula dari 12 tengah hari Selasa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata ia berikutan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Rumah Pam Kobat yang perlu dilaksanakan bagi meningkat lagi kapasiti dan kualiti perbekalan air di Kuantan pada masa hadapan.
Beliau berkata kerja-kerja ini melibatkan penyelenggaraan paip air mentah jenis "Mild Steel Cement Lining" (MSCL) bersaiz 1,500mm dan pemasangan pam air mentah baharu yang berkapasiti lebih besar serta kadar keberkesanan lebih tinggi.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan tidak semua kawasan terlibat secara keseluruhan kerana pihaknya masih mempunyai paip air mentah tambahan bersaiz 1,600mm.
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijangka akan mengambil masa tempoh selama 12 jam dan PAIP akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan tempoh gangguan tersebut dan sebagai persediaan kerja-kerja awalan telah dilaksanakan bagi memastikan tempoh gangguan minimum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara kawasan dijangka akan mengalami gangguan air adalah seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) , Bandar Damansara, Taman Dato' Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, dan Kubang Ikan.
Selain itu, seluruh kawasan Industri Gebeng FASA I, II, III, MCKIP, dan seluruh kawasan Pelabuhan. selain seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu dan kawasan Industri Semambu turut terlibat.
Turut terkesan Pejabat Ukur, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, dan Kelab Golf Diraja.
Mengulas lanjut, Saiful Zaini berkata bekalan air dijangka mula disalurkan kepada pengguna selepas 12 jam sehingga 48 jam secara berperingkat setelah kerja penyelenggaraan siap sepenuhnya dan sistem agihan bekalan air telah distabilkan.
Katanya tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas juga adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
"PAIP juga akan menyediakan bantuan alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal. Pemakluman notis ini diharap dapat memberikan persediaan awal kepada pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022

Bekalan air dijangka mula disalurkan kepada pengguna selepas 12 jam sehingga 48 jam secara berperingkat. - Gambar hiasan

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Pantau Kerajaan Baharu: Memperkasa Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Perbincangan mengenai usaha memperkasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terutama tindakan tangani syarikat yang culas membayar cukai dan memastikan peraturan percukaian itu dipatuhi peniaga bersama Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat, Roszita Dim.

'Troopers' Prasarana bantu pergerakan penumpang di stesen LRT raih pujian ramai
Meskipun berlaku penambahan luar biasa penumpang waktu puncak, kehadiran Troopers mampu mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan.

Niaga AWANI: Ekonomi | Inflasi reda, ekonomi global kian pulih?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Niaga AWANI: Integriti | Perkasa prosedur salur dana bantuan elak 'buaya ekonomi'
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah
Tangkapan suspek berusia di antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh.

Paip terputus, tiga kawasan di Dungun alami gangguan air
Dua paip utama berukuran 700mm yang menyalurkan air dari LRA Bukit Bauk ke Bandar Paka terputus semasa proses pembaikian.

Bekalan air di 83 kawasan terjejas di KL, Gombak dijangka pulih sepenuhnya malam esok
Bekalan air di 83 kawasan terjejas di Gombak, Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam esok.

83 kawasan di Gombak, KL alami gangguan air tidak berjadual
Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air sedang digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Bekalan air di lima wilayah terjejas pulih sepenuhnya - Air Selangor
Air Selangor dalam kenyataan jam 6 pagi ini berkata bekalan air di lima wilayah terjejas itu pulih sepenuhnya jam 12 tengah malam tadi.

Gangguan bekalan air: 16 peratus kawasan pulih - Air Selangor
Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, telah mencapai 16 peratus sehingga 7 malam tadi.

Gangguan air: LUAS segerakan pembersihan tumpahan cecair
LUAS dalam satu kenyataan berkata, jarak lokasi kemalangan tersebut ke LRA Semenyih adalah sekitar 6.4km.

472 kawasan di lima daerah Selangor alami gangguan air
Gangguan air itu susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

PRU15: "Selesai segera masalah bekalan air di Ampang"
Taman Sri Raya adalah antara kawasan perumahan di Ampang yang paling teruk terjejas dengan masalah gangguan bekalan air.

Johor dapatkan bantuan tentera, tangani gangguan bekalan air di Pasir Gudang
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) juga sedang mengkoordinasi penghantaran tangki-tangki air ke kawasan perumahan penduduk.

43,000 akaun pengguna air terjejas akibat paip rosak di Johor
Sebanyak 43,000 akaun pengguna air di kawasan Plentong, Masai dan Tanjung Langsat masih terjejas akibat gangguan bekalan air sejak tiga hari lalu