MALAYSIA

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Langat pada 23 April

Bernama 21/04/2017 | 00:51 MYT
Pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pengalihan itu bermula pada 23 April. - Gambar fail
Beberapa kawasan di Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam 23 April sehingga 5 pagi, 24 April.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor Amin Lin Abdullah dalam kenyataan pada Khamis berkata gangguan berkenaan kerana kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Dengkil, Bukit Changgang, Sepang.

"Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Bandar Seri Ehsan, Taman Langat Utama, Taman D''Menara, Taman Murnimas dan RTB Bukit Changgang.

"Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja ini secepat mungkin," katanya.

Pengguna dinasihat menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pengalihan itu bermula pada 23 April.

Untuk maklumat terkini, pengguna boleh merujuk di www.syabas.com.my.

-- BERNAMA
#Amin Lin Abdullah #gangguan bekalan air #kerja pengalihan paip #Kuala Langat #Kumpulan Air Selangor