awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di enam kawasan di Shah Alam pulih

Bernama
Bernama
24/09/2021
03:15 MYT
Gangguan bekalan air di enam kawasan di Shah Alam pulih
Bekalan air di enam kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air ke enam kawasan di Shah Alam, Selangor yang mengalami gangguan semalam, mula disalurkan secara berperingkat mulai 6.15 pagi tadi selepas kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 siap dilaksanakan.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
“Bekalan air di enam kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini,” katanya.
Semalam, sebanyak enam kawasan iaitu Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25 di Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 10 malam, susulan kejadian paip pecah di Persiaran Perusahaan di Seksyen 23.
BACA: 6 kawasan di Shah Alam alami gangguan bekalan air malam ini
Para pengguna boleh merujuk medium komunikasi rasmi syarikat itu iaitu aplikasi Air Selangor, laman Facebook, Instagram, Twitter Air Selangor atau menghubungi Pusat Komunikasi di 15300 untuk maklumat lanjut, manakala sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan belakan air
#air selangot
#shah alam
#Pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan