awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Hulu Langat, bantuan air disediakan - Air Selangor

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2021
10:22 MYT
Gangguan bekalan air di Hulu Langat, bantuan air disediakan - Air Selangor
Menurut kenyataan Air Selangor di media sosial, sebanyak 70 lagi kawasan di Hulu Langat bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 dihenti tugas berikutan peningkatan paras air sehingga memasuki rumah pam air mentah.
Menurut kenyataan Air Selangor di media sosial pada petang Ahad, sebanyak 70 lagi kawasan di Hulu Langat bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Ini bertambah daripada 472 kawasan di Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur yang sudah mengalami gangguan bekalan air akibat penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 pada Ahad.
“Jangkaan untuk LRA Semenyih 2 beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini,” menurut kenyataan itu.
Air Selangor turut akan menggerakkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air secara berperingkat kepada para pengguna dan premis-premis kritikal.
Air Selangor ingin memaklumkan satu lagi loji rawatan air terpaksa dihenti tugas iaitu LRA Semenyih 2 berikutan peningkatan paras air yang telah masuk ke rumah pam air mentah.#AirSelangor #HentiTugas #1221CherasLangat2 pic.twitter.com/RoFSATkr5y
— Air Selangor (@air_selangor) December 19, 2021
Sebelum ini, Air Selangor mengumumkan bahawa LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
LRA Langat 2 dihenti tugas berikutan penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan yang mengakibatkan ketiadaan bekalan air di loji berkenaan.
Manakala di LRA Sungai Langat, peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40 peratus daripada pengeluaran harian.
LRA Cheras Batu 11 pula terpaksa dihenti tugas berikutan banjir.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#LRA Sungai Langat
#LRA Cheras Batu 11
#LRA Semenyih 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan