awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air dijangka pulih pagi Ahad

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
11/05/2013
04:16 MYT
Gangguan bekalan air dijangka pulih pagi Ahad
Gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Hulu Langat dan Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya pada 10 pagi Ahad.
Penolong Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat SYABAS, Priscilla Alfred memaklumkan, ketika ini kerja-kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.
"Kerja-kerja baik pulih sedang berjalan dan kita jangkakan ia (bekalan) akan pulih sepenuhnya pada 10 pagi Ahad.", katanya.
"Disebabkan masalah ini , 10 peratus daripada air bersih telah berkurangan kerana permintaan di kedua-dua kawasan, Hulu Langat dan Kuala Lumpur amat tinggi. Hampir 40 kawasan terjejas disebabkan masalah ini," katanya lagi ketika ditemubual Astro Awani.
Priscilla menambah, sebanyak 13 lori tangki telah diperuntukkan di kawasan Hulu Langat dan 3 lori tangki untuk kawasan di Kuala Lumpur.
Selain itu katanya, tangki statik juga turut disediakan bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan air sementara.
Syabas pada masa sama menasihatkan pengguna agar menggunakan air secara berhemah.
Pada Jumaat, beberapa kawasan sekitar Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta tekanan air rendah.
Menurut SYABAS, gangguan berpunca daripada gegaran luar biasa pada pam air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang diuruskan Puncak Niaga Sendirian Berhad.
Gangguan tersebut melibatkan 37,892 akaun atau lebih kurang 189,475 pengguna.
Topic Berkaitan
#gangguan air
#Puspel
#Rawatan Air Sungai Langat
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan