awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
05:38 MYT
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kesemua LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 telah beroperasi sepenuhnya setakat jam 8.30 pagi. - Gambar hiasan
SHAH ALAM : Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat setelah sistem air distabilkan bermula jam 12 tengah hari pada Ahad.
Gangguan bekalan air berlaku berikutan pengurangan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP 3 berikutan kekeruhan air mentah tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Kerling awal pada Sabtu.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kesemua LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 telah beroperasi sepenuhnya setakat jam 8.30 pagi.
"Pengeluaran air terawat telah kembali pada kadar normal dan pengguna akan menerima bekalan air seperti biasa secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.
Jelas Air Selangor, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya mengikut kumpulan satu dan dua yang mengambil masa antara 24 hingga 36 jam.
"Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," ujar kenyataan berkenaan.
Justeru, katanya, Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan air
#Lembah Klang
#Air Selangor
#LRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan