awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2020
01:20 MYT
Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih
Air Selangor akan mengumumkan jadual pemulihan air secara berperingkat bagi kawasan yang menerima bekalan dari LRA Sungai Semenyih. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Tahap pencemaran di loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih beransur pulih selepas loji tersebut terpaksa diarahkan henti tugas sejak Ahad lalu.
LRA Bukit Tampoi bagaimanapun masih menunjukkan sisa pencemaran pada muka sauk dan belum boleh beroperasi semula.
Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, ujian persampelan yang dijalankan setakat jam 8 pagi ini di muka sauk LRA Sungai Semenyih mencatatkan bacaan 0 TON tiga kali berturut-turut.
Manakala LRA Bukit Tampoi berada pada tahap 1 TON.
Status gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sg Semenyih dan Bukit Tampoi. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di https://t.co/dRHh3cWCRK. pic.twitter.com/ibuZrnzJqk
— Air Selangor (@air_selangor) October 6, 2020
LRA hanya boleh mula beroperasi sekiranya pencemaran di muka sauk berada pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut dan tiada baki sisa pencemaran dikesan di hulu sungai.
“Dalam pada itu, LRA Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pada pagi ini untuk kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air.
“Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi Twitter menjelaskan, pam di loji LRA Sungai Semenyih telah mula beroperasi untuk tugas-tugas pembersihan.
Pencemaran di LRA Sungai Semenyih telah mencapai tahap 0 Ton pagi ini. Oleh itu, pam di loji telah mula beroperasi untuk tugas-tugas pembersihan. Setelah itu, bekalan air akan disalurkan secara berperingkat kepada para pengguna. https://t.co/Q61YpOnfFW
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 6, 2020
Susulan proses menstabilkan rawatan air dapat dilaksanakan sepenuhnya, Air Selangor akan mengumumkan jadual pemulihan air secara berperingkat bagi kawasan yang menerima bekalan dari LRA Sungai Semenyih.
Penghentian tugas kedua-dua loji sejak malam Ahad menjejaskan bekalan air di 274 kawasan dan membabitkan 309,387 akaun pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
BACA: Aktiviti pembersihan reban angsa disyaki punca pencemaran sungai Negeri Sembilan
BACA: Kerajaan Selangor sedia tawar ganjaran kepada pemberi maklumat pencemaran sungai - MB
Hasil siasatan awal oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) semalam mendapati pencemaran bau dipercayai berpunca daripada aktiviti pembersihan reban angsa secara besar-besaran berhampiran Sungai Pajam dan Sungai Batang Benar di Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#Sungai Semenyih
#Bukit Tampoi
#loji rawatan air
#LRA
#Air Selangor
#Selangor
#krisis air
#Amirudin Shari
#LUAS
#reban angsa
#gangguan bekalan air
#pencemaran
#pam air
#air mentah
#kerja-kerja pembersihan
#paip air
#tangki rawatan
#jadual pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan