GEORGE TOWN: Baki 9,760 daripada keseluruhan 200,000 pengguna yang terlibat dengan gangguan air sejak Selasa lepas susulan paip pecah di dasar Sungai Perai dijangka memperoleh semula bekalan mereka selewat-lewatnya hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata proses pemulihan sudah pun mencapai 97 peratus pagi ini dan yakin 11 lagi kawasan yang masih terjejas di daerah Barat Daya akan dapat dipulihkan sepenuhnya hari ini.
"Proses pemulihan ini mengambil masa sedikit panjang kerana berkemungkinan pengguna yang telah menerima bekalan lebih awal bertindak mengisi tangki menyebabkan kawasan di hujung sistem dan tinggi lewat menerima air, namun kita harap hari ini dapat capai 100 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Kebajikan Kek Lok Si di sini hari ini.
Kira-kira 200,000 pengguna di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah pada 18 Dis lepas.
Sementara itu, mengulas gesaan parti Gerakan supaya memberi diskaun 50 peratus kepada pengguna terjejas, Chow berkata kerajaan negeri sedia mempertimbangkan perkara itu, namun menyifatkan ia bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi ketika ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga berharap kerjasama dengan Perak dalam isu pembelian air mentah dapat direalisasikan, sekali gus membantu meningkatkan kuantiti air terawat di negeri ini sebagai penyelesaian jangka sederhana dan panjang.
Chow dalam pada itu, memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk meneliti kelemahan yang perlu diperbaik bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air, selama empat hari pada Januari tahun depan.
"Kejadian yang tidak dijangka ini memberi peluang kepada kita untuk melihat kelemahan dan apa yang perlu kita betulkan supaya dapat meminimumkan impak .... Kita tidak pernah nafi akan ada impak tetapi akan sedaya upaya mengurangkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Chow berkata proses pemulihan sudah pun mencapai 97 peratus pagi ini dan yakin 11 lagi kawasan yang masih terjejas di daerah Barat Daya akan dapat dipulihkan sepenuhnya hari ini. - Gambar fail/Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.