Gangguan bekalan elektrik di Cameron Highlands pulih - TNB

Astro Awani
Jun 1, 2023 09:56 MYT
TNB memberitahu, gangguan elektrik yang berlaku di sebahagian besar kawasan Camaron Highlands itu berlaku disebabkan masalah di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bintang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan gangguan bekalan elektrik lebih satu jam di sebahagian besar kawasan di Cameron Highlands berjaya dipulihkan.
TNB memberitahu, gangguan tersebut berlaku disebabkan masalah di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bintang.
Menurutnya, pasukan teknikal diarah ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik dengan segera.
"Gangguan bekalan elektrik di sekitar kawasan Cameron Highlands, Pahang telah pulih sepenuhnya.
"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan di sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan," katanya di Facebooknya di sini, pada Khamis.
Cameron Highlands antara lokasi tumpuan orang ramai berikutan musim cuti persekolahan yang bermula sejak 27 Mei lalu.
#Cameron Highlands #Gangguan elektrik #Tenaga Nasional Berhad #pencawang utama