Gangguan bekalan elektrik jejaskan perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya

Azyyati Ahmad
September 9, 2016 03:48 MYT
Gambar fail tren LRT. - fotoBERNAMA
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan mereka tergendala di aliran LRT Kelana Jaya pagi ini adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik di salah sebuah tren dari stesen Setiawangsa menuju ke stesen KLCC.
Jurucakap Rapid Rail ketika dihubungi berkata, gangguan itu telah menyebabkan perkhidmatan tren di stesen tersebut terpaksa dihentikan serta-merta dan penumpang yang berada di dalam train diarahkan keluar atas faktor keselamatan.
Beberapa keping gambar juga telah dimuat naik ke media sosial bagi menunjukkan situasi tersebut, termasuk keadaan penumpang yang berjalan kembali ke stesen terdekat dalam keadaan hujan.
LRT alternatif dari Putra Heights ke stesen Wangsa Maju dilaporkan telah digerakkan ke stesen berkenaan sejak jam 10 pagi.
Satu sidang media mengenai gangguan LRT Laluan Kelana Jaya akan diadakan jam 3 petang hari ini di ibu pejabat Rapid Rail.

KJ Line : Train service is currently on hold due to power trip from Setiawangsa to KLCC. Updates to follow.

— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) September 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#LRT #Rapid KL #tergendala #tren