awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan elektrik: Pengguna terkesan akan nikmati rebat - Takiyuddin

Bernama
Bernama
30/07/2022
04:57 MYT
Gangguan bekalan elektrik: Pengguna terkesan akan nikmati rebat - Takiyuddin
TAKIYUDDIN: Pengguna yang terkesan seperti peniaga boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian dialami. - Gambar fail
KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi rebat kepada pengguna terutama peniaga yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia, Rabu lepas.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata didapati pada hari kejadian seramai satu juta pengguna akaun domestik, industri dan komersial terkesan dengan gangguan yang berlaku sejak 12.39 tengah hari itu.
"Pengguna yang terkesan seperti peniaga boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian dialami.
"Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai rebat itu akan saya bentangkan di Parlimen pada 4 Ogos depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Bharu kali ke-55, di sini hari ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memuji tindakan pantas pihak TNB yang berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik di kawasan mengalami gangguan dalam tempoh dua jam 21 minit.
TNB-REBAT 2 (AKHIR) KOTA BHARU
"Disebabkan masalah yang berlaku pada hari itu, kita perlu menjaga kestabilan tenaga sehingga terpaksa mencatu kawasan tertentu yang tidak kritikal.
"Pada masa yang sama kita memastikan hospital, lapangan terbang dan Parlimen yang bersidang ketika itu tidak mengalami gangguan bekalan elektrik," katanya.
TNB dalam kenyataan Rabu lepas memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.
Kerosakan itu mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gangguan elektrik
#elektrik terputus
#pengguna
#Takiyuddin Hassan
#rebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan