Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

Gangguan Cloudflare semalam bukan akibat serangan siber

Amanz 19/11/2025 | 04:40 MYT
Perkhidmatan Cloudflare kembali dan hilang berkali-kali semalam kerana fail ini dijana secara bergilir setiap 5 minit. -Foto Amanz
MAJORITI perkhidmatan utama yang memerlukan capaian internet tergendala selama hampir 6 jam semalam disebabkan isu sistem Cloudflare.


Ringkasan AI
  • Perkhidmatan utama tergendala selama hampir 6 jam disebabkan isu sistem Cloudflare, menyebabkan X, ChatGPT, dan Amanz tidak dapat diakses.
  • Gangguan semalam disahkan bukan disebabkan oleh serangan siber, tetapi kerana perubahan pada sistem pangkalan data ClickHouse yang menggandakan saiz fail konfigurasi.
  • Cloudflare mengambil tindakan dengan memperketatkan pengendalian fail konfigurasi dan menambah suis mematikan global bagi mengelakkan kejadian serupa berulang di masa hadapan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Antara yang terjejas ialah X, ChatGPT dan Amanz sendiri tidak boleh diakses kerana sistem yang sepatutnya mengelakkan gangguan ke atas operasi yang terganggu.

Pagi ini Cloudflare mengesahkan gangguan semalam tidak disebabkan oleh serangan siber seperti yang disebarkan di media sosial.

Sebaliknya perubahan pada sistem pangkalan data ClickHouse menyebabkan fail konfigurasi “feature file” untuk modul Bot Management menggandakan saiz.

Fail yang terlalu besar melebihi had sistem sehingga menyebabkan berlakunya ralat HTTP 5xx meningkat.

Perkhidmatan Cloudflare kembali dan hilang berkali-kali semalam kerana fail ini dijana secara bergilir setiap 5 minit.

Cloudflare berkata berikutan insiden ini mereka telah memperketatkan pengendalian fail konfigurasi dan menambah suis mematikan global untuk mengelakkan ia daripada berulang di masa hadapan. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan gangguan selama hampir 6 jam terhadap perkhidmatan utama yang memerlukan capaian internet baru-baru ini?
    A: Gangguan tersebut disebabkan oleh perubahan pada sistem pangkalan data ClickHouse yang menyebabkan fail konfigurasi “feature file” untuk modul Bot Management menggandakan saiz.
  • Q: Apakah kesan daripada fail konfigurasi yang menggandakan saiz tersebut terhadap perkhidmatan Cloudflare?
    A: Fail konfigurasi yang terlalu besar melebihi had sistem menyebabkan berlakunya ralat HTTP 5xx yang meningkat, menyebabkan perkhidmatan Cloudflare terganggu dan hilang berkali-kali semalam.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh Cloudflare selepas kejadian gangguan tersebut?
    A: Cloudflare telah memperketatkan pengendalian fail konfigurasi dan menambah suis mematikan global untuk mengelakkan kejadian serupa berulang di masa hadapan.



#ChatGPT #serangan siber #Cloudflare #Perkhidmatan utama tergendala