awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Republikan AS tolak cadangan tindakan ketenteraan terhadap Greenland
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan ekzos bising dekat kawasan hospital, Polis KL keluar 225 saman

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2021
02:31 MYT
Gangguan ekzos bising dekat kawasan hospital, Polis KL keluar 225 saman
Operasi bermula jam 10 malam tadi itu, dengan kekuatan lapan pegawai dan 65 anggota, telah memeriksa 542 kenderaan pelbagai jenis. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Terima banyak aduan mengenai gangguan akibat bunyi ekzos yang bingit sehingga mengganggu petugas dan pesakit hospital berhampiran, selain menjejaskan ketenteraman penduduk setempat.
Itu antara sebab yang mendorong Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melaksanakan Ops Motosikal setiap minggu di lokasi terbabit.
Tinjauan di sekatan jalan raya berhampiran Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang di ibu negara malam tadi mendapati, masalah itu masih berlarutan.
Kebanyakan penunggang motosikal yang ditahan adalah mereka yang baru pulang dari bertugas menghantar barang.
Apabila cuba disoal, pesalah enggan mendedahkan alasan menggunakan ekzos bising.
Empat buah motosikal disita selepas didapati ekzos kenderaan mereka telah diubah suai.
Operasi bermula jam 10 malam tadi itu, dengan kekuatan lapan pegawai dan 65 anggota, telah memeriksa 542 kenderaan pelbagai jenis.
Kesalahan paling kerap ditemui ialah, kes tidak memiliki lesen memandu.
Sejumlah 225 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Operasi tamat dua jam kemudian.
Topic Berkaitan
#motosikal
#Sekatan Jalan Raya
#bunyi ekzos bising
#saman
#polis terima aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan